Thursday, 14 February 2013

Tips mencari jodoh

Ini bukan topik berkenaan dgn drama yg sedang hangat ditayangkan kt Astro Ria tu tau. Ini berkenaan topik harian yg biase makcik seblah rumah dok tanya2 kita tuu... Yg orang lain duk sebok2 soh kita cari cepat2 tuu... Walhal kita semua sedia maklum yg rezeki, jodoh dan ajal itu semua ketentuan Ilahi. Tanyala sesapa pun, waima beruk sendiri pun nakkan pasangan hidup, apatah lagi kita manusia yg ada akal fikiran dan nafsu nih.

Ye, kita semua perlukan pasangan hidup. Ada orang jodohnye cepat, ada yg lambat, ada yg langsung tak dapat (InsyaAllah akan dapat di syurga kelak jika dia orang yg beriman kpd Allah). So yakinla yg kita manusia ni diciptakan untuk seseorang.. Maknanya, di luar sana ADA seseorang yg sedang menanti kehadiran kita, cuma cepat atau lambat kehadiran kita dalam hidupnya, that remains a mystery! 

Ok, straight to the point, tak mo bersyarah panjang lebar sangat... Aku nak bercerita mengikut pengalaman juga pemerhatian. FYI, aku ditakdirkan bertemu jodohku di sekolah menengah, waktu Form 4. Suamiku senior, budak Form 5. Kami kenal tak lama, selepas 3 bulan berkenalan si dia menyunting aku untuk jadi girlfriendnya (ok2, tau.. Ini contoh yg buruk, tp kalau tak cerita camane nk habiskan love story ni kan? Heheee). 

Anyway, Alhamdulillah... Kami diijabkabulkan setelah 8 tahun bercinta (dugaan dan godaan tu jangan cakapla. Yg penting iman kena kuat). Masih tak nampak point eh? Hehe, apa yang aku nak kongsikan di sini adalah... Dulu sebelum kami berkenalan, aku rajin jugakla buat solat Istikharah. Tu pun aku buat setelah dengar perbualan di antara sepupu2 aku tentang solat yg baru dorg belajar ni dalam kelas sekolah agama. Aku pulak tak sekolah agama, baru tau terus aku buat solat tu. Sesaja, teringin nak tengok wajah bakal 'imamku', hikhik...

Pernah aku buat 3 malam berturut2, tapi tak nampak langsung apa2 petunjuk. Aku sebenarnya mengharapkan petunjuk dari dalam mimpi, tapi tak nampak pulak pape.. Tapi tak lama sepas tu (lebih kurang 2 tahun kemudian) ada mamat kiut (suami aku sekarang) ingin berkenalan dengan aku yg tak berapa nak kiut ni. Sebelum tu ada jugak org lain yg berminat (ehemmm...) tapi hati aku tak terbukak pulak utk yg lelain tuh. Haaa, dalam tempoh tu jugak, aku turut mengamalkan zikir 'Ya Rahim' (Maha Penyayang) 100x setiap kali selepas solat Subuh dengan memasang niat agar orang sekeliling sayang kat aku...

Kat situ aku nampak perbezaannya.. Memang tiba2 aku ramai kawan, tiba2 glamor kat sekolah atas sebab2 yg tak berapa nak masuk akal, ramai peminat (katanya!! *bak kata azwan ali) dan finally bertemu dan berkawan dengan suami aku yg sekarang ni. Hurmmm... Bunyi macam best kan? Memang best bila semua ni terjadi sedangkan kita tak punya apa-apa sangat pun. Rupa Alhamdulillah la, ciptaan Tuhan. Tinggi pn takat tinggi sikiiiit je daripada peti ais pendek tu haaa. Gigi berlapis, kalau senyum lebar sikit terjojol gigi atas tu. 

Aku bukan nak cakap yang segala apa yang aku buat tu membuahkan hasil. Mungkin juga kebetulan. Perasan je pun mungkin iya la kot haha! Tp apa yg aku cuba sampaikan adalah, apa salahnya berikhtiar dengan cara berdoa dan berzikir kepada Allah? Orang zaman sekarang ni kebanyakannya (tak semua orang) kalau nak tackle orang kemain lagi ngan mekap tebal, rambut gangnam style, tudung hannah tajima, pakai baju peplum bagai, tp sikit pun tak nak berusaha secara rohaniah (lagi sekali, tak semua orang). Ye, aku bukannya bagus sangat nak bersyarah topik yg Islamik macam ni, tapi apa kata lepas ni kita stop meluahkan perasaan tentang jodoh kat Facebook tu, buat solat Istikharah, doa la banyak2 kpd Allah agar dikurniakan jodoh yg baik untuk kita di dunia dan akhirat. Doa ni tak perlu dipampangkan atas wall Facebook ye, cukuplah sekadar kita dan Allah sahaja yg tau sebab yg menentukan jodoh tu kan kerja Tuhan, mengapa satu dunia perlu tau?

Akhir kata, kepada adik-adik sekolah menengah atau student kolej, aku nasihatkan agar rajin2 lah amalkanlah solat istikharah supaya adanya jodoh yg baik untuk kita di luar sana yg ditentukan Allah, in the future, dengan izin Allah.. Tak salah amalkan di usia yg muda sebab belum tentu kita dapat jodoh betul2 lepas lipat tikar sembahyang tu lepas habis solat Istikharah tu. It takes time, but the time WILL come, InsyaAllah...

Ini hanyalah sedikit sebanyak tips yg aku amalkan waktu mencari jodoh dulu. Harap memberi manfaat dan jika ada kesalahan dr segi konsep, mohon tunjuk ajar, thanx.. Wallahualam.

Thursday, 18 October 2012

5 Tanda-tanda Fizikal Seseorang Itu Sedang Bahagia

5 Tanda2 Fizikal Seseorang Itu Sedang Bahagia

 

- tumbuh double chin
- perut membulat (bukan sbb mengandung)
- seluar jadi ketat
- baju2 tiba2 mengecil
- mesin penimbang berat badan asyik rosaakk je. Contoh: asyik menunjukkan peningkatan sebanyak 10kg.

maka bersyukurlah apabila melihat tanda2 sebegini kerana itu menunjukkan anda sedang bahagia...

****************************** *****
-ini bukan kata2 motivasi utk menyedapkan hati-

Friday, 14 September 2012

Berkawan Biar Beribu...Bukan Berdua


Friends... Seriously, nape laaa girls’ friendships ni totally different than boys’?
Aku pelik dengan cara perempuan bergaul. Yes, aku pun perempuan, tp aku rasa macam aku selalu ditindas mungkin sebab cara aku bergaul kot. Usually aku suka layan semua orang sama, which girls usually don’t.


Ok, let me give you some examples…


Kau: “Aku ada rahsia nak bagitau ko ni, jangan bagitau sesapa pulak!” dan si kawan yg mendengar pun akan berjanji takkan bagitau sesapa.


Tau2 rahsia da tersebar… And yet, she is still your best friend…


Kau: “Aku tak suka la si tuuuttt tu, suka perasan bagus sgt, pot pet pot pet…”  dan si kawan yg mendengar pun mengiyakan fitnah umpatan tersebut.


Tau2 si kawan tadi pulak kutuk kau dengan kawan lain behind your back!… And yet, she is still your best friend…


Aku tersangat biasa tengok situasi ‘kawan makan kawan’ (KMK) ni. Lagi2 di kalangan perempuan.
Lagi satu penyakit budak perempuan ni adalah, dorang suka sangat bergaul di kalangan geng2 dorang je. Most of the time, dorang suka berkawan berdua je. Chatting berdua, ngumpat berdua, makan berdua, jalan berdua ngalahkan org bercinta lagaknya! Aku seriously nyampah giler ngn budak2 jenis macam ni à ‘bercinta’ and berkepit 24 jam dengan BFF. Kalau ada budak lain nak berkawan atau join friendship dorang ni, dorang takkan nak punya. Kekadang siap cemburu buta kau! Cemburu tengok kawan dia berkawan, berjalan atau melepak dengan kawan lain! Huh, tak boleh! Kau BFF aku, aku BFF kau! Orang lain tak boleh nyebok nak join hokey! U & me against the world katanya…. Yeah, right!
Hehe, yg sampai cemburu buta tu aku exaggerate je lebih. Tak semua ‘couple’ macam tu, ada je yg boleh bergaul dgn budak lain. Tapi jangan innocent sangat sampai tak tau, sememangnya wujud dalam dunia ni jenis friendship mcm tu di kalangan perempuan! Itu kira da tahap serius la tu.. sikiiiiit je lg bole tergolong dlm golongan lesb… atau biseks…
Ops, jangan marah ye, aku cuma cakap benda yg betul. Mungkin ada yg tak berapa setuju dgn aku, tp aku memang pernah melalui pengalaman menakutkan tu. Aku pernah berkawan dengan sorang kakak guard kat opis ni, dia layan aku serupa kakak layan adik. Bak kata Dafi, baek punyaaa! Tapi aku start rimas bila dia guna kemudahan kt bilik kawalan guard tu untuk perhatikan gerak-geri aku (guna CCTV), email aku setiap setengah jam, calling2 aku tanya macam ala2 boifren… kekadang tu siap hantarkan aku gi parking lagi! Mula2 tu aku takde la syak pape sebab dia ni pun baru je bertunang dengan boifren dia, tapi bila dia start cari pasal dengan aku hanya sebab dia nampak aku berjalan dengan kawan2 lain, aku da start tak sedap hati. And dia seboklaaa nak putuskan friendship kitorang... Hurmmm… Aku? Gua rocker beb! Ada gua kesah?? Pleeassee la, aku takde masa nak layan hoke.


So our friendship ends there. Tu pun lepas2 tu dia merayu2 kat aku mintak berkawan balik, tapi aku tak layan sebab dia dah buat macam tu kat aku dua kali. Weeekkk, geli-gelimat aku layan kawan perempuan macam tu.


Ok, berbalik kepada kisah girls suka berkawan berdua je ni, aku dah lalui experience ni banyak kali. You see, aku ni jenis orang yg suka berkawan dengan ramai orang (mostly girls, aku segan sikit nak bercakap dgn guys). Tapi aku bukanlah jenis perempuan yg lembut2 yg suka nak bermanja-manjaan dgn kawan perempuan like most girls do ni… Aku just suka bercerita, suka mendengar and suka didengari. And setiap kali aku baru masuk tempat kerja baru je, aku suka untuk make friends. Malangnya setiap kali aku mendekatkan diri and beramah mesra dengan collegues perempuan kt opis je, usually dorang buat endah tak endah je akan kehadiran aku. Puasla aku cuba menunjukkan minat nak berkawan dengan dorang, jaga hati dorang, ikut cakap dorang… tapi dorang langsung tak ingat aku! Maksud aku, dorang dah ada geng sendiri, so dorang cuma ingat kat aku bila geng dorang takde je…  senang kata, dah takde kawan baru nak cari aku. Kira macam aku ni second choice jela. Dah ada kawan nanti haram nak ingat aku, nak ajak aku gi makan ke, gi jalan ke… Sorry hokey! 


Maaflah kalau bahasa aku ni agak kebudak-budakan sikit, tapi inilah yg aku rasa jauh di sudut hati. Aku rasa aku berhak untuk rasa kecil hati bila orang layan aku macam second choice sebab bila dorang sendiri dilayan macam tu dorang akan kecik hati gila2. Aku tau sebab dorang sendiri cakap dorang tak suka dilayan sebegitu rupa, tapi dalam otak aku, ‘dia buat kat orang lain macam tu boleh pulak?’


Bukan nak puji diri sendiri, tapi aku rasa aku tak pernah layan orang macam tu. Aku sangat berhati2 dalam hal macam ni, tak kira la kalau aku tak berapa suka kat orang tu, aku akan pastikan aku dah ajak dia join sekali supaya bila dia dapat tau aku pergi tanpa dia, dia tak berkecil hati. Sebab tu aku pelik kenapa orang lain (especially girls) selamba je buat macam tu kat aku, siap tunjuk muka tak bersalah pulak tu! Kalau aku luahkan kecik hati aku ni nescaya aku akan diumpat punya! Pastu gerenti aku akan dilabel ‘emo’, ‘poyo’, ‘sensitif’ dan segala macam perkataan yang sewaktu dengannya, hehehe. Tu kalau aku kena, kalau korang yg kena? Baru tau macam mana orang yg second choice macam aku ni rasa khaaannnn…


Akhir kata dari aku:


Berkawan biar beribu, berkasih biar satu.


Tolonglah jangan sekali-kali kita buat mana-mana kawan berkecil hati dengan kita. Lagi2 kepada orang2 yg ‘second choice’ macam aku ni kan. Hargai kawan sebab tanpa kawan kita akan hidup dalam kebosanan. Tapi itu tak bermakna korang cuma perlu berkawan berdua je. Apa la salahnya tambah ahli ‘group’ korang, betul tak? Jangan asyik berdua je, karang gaduh ke… kawan tu meninggal ke (Na’zubillah) korang jugak yg susah nanti betul tak? 


Hmmm….cakap pasal girls yang suka nak berdua-duaan je ni, korang tau tak yg dalam Islam sendiri, kita dilarang untuk berbisik2 sesama kawan (berdua) apabila kita sedang bertiga? Tau tak? Hadis ni aku dapat dari website ni (http://aljawhar.wordpress.com/category/soal-jawab-fiqh/page/5/) katanya ‘Ada satu Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari : 6290 dan Imam Muslim : 2183) dan hukum serta perintah larangan tersebut adalah thabit dari Rasulullah saw sebagaimana dibawah :


إذا كنتم ثلاثة فلا يتناجى اثنان دون الآخر ، حتى تختلطوا بالنــاس ، من أجل أن ذلك يحـــزنه

“Apabila kamu bertiga , maka janganlah berbisik-bisik berdua sahaja tanpa disertai yang seorang lagi , kecuali kamu berada (bersama/bercampur) dengan orang ramai , kerana perbuatan tersebut menyakitinya (orang ketiga)”


As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam menyebutkan dalam mensyarahkan hadis ini :


“Termasuk dalam bab berbisik-bisik yang dilarang ialah berkata-kata atau bercakap dengan menggunakan bahasa yang tidak disenangi atau difahami oleh orang ketiga.

Maka, seelok-eloknya, hendaklah perbuatan tersebut dielakkan, kerana sudah tentu ianya akan menimbulkan perasaan tidak senang hati serta gelisah dalam diri orang ketiga.’

So, faham2 lah ye.
Tujuan aku ingatkan ni sebab aku perhatikan ramai girls yg suka buat macam ni. Dorang suka share rahsia sesame BFF dia di depan kenkawan lain tapi apabila kawan lain (yg berada bersama ketika itu) tanya dia tak nak bagitau... ‘Secret’ katanya…. Huh, whatever!


Anyway, semoga kita dapat menjadi orang yg lebih baik pada hari ini dan hari2 yg seterusnya berbanding hari-hari semalam (Jangan label aku poyo pleeeeaassee….).